Wednesday, May 25, 2011

PENGENALAN KEPADA SMARTBOARD – PENDIDIKAN KHAS(PELAJAR)

Tarikh: 28.04.2011 ( Khamis)

Masa: 8.15 pagi – 8.45 pagi

Tempat: Kabin cITaKU Labs

Aktiviti ini dijalankan untuk murid kelas Pendidikan Khas. Seramai 8 orang murid yang terlibat untuk aktiviti ini yang terdiri daripada pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dan juga OKU. Selain itu, aktiviti ini turut di bantu oleh 2 orang guru ROS (pengalaman melalui pengajaran) yang membuat latihan praktikum di sini selama 1 bulan. Objektif aktiviti ini adalah untuk member pendedahan kepada murid-murid ini mengenai Smartboard sekaligus turut memberi pendedahan kepada guru yang terbabit tentang teknologi IT yang terdapat di cITaKU Labs. Objektif ini mencapai sasaran apabila semua murid menunjukkan minat semasa sesi pembelajaran.




<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Aktiviti “ Pengenalan kepada Smartboard"

Monday, May 23, 2011

MAJLIS JASAMU DIKENANG(GURU)

Tarikh: 27.04.2011 ( Rabu)

Masa: 9.00 pagi – 1.15 petang

Tempat: Dewan SK Batu Lima

Majlis Jasamu diKenang telah di adakan bagi meraikan majlis persaraan En. Ahmad b. Chik dan majlis perpisahan Pn. Siti Ruhayabi selaku Penolong Kanan 1 yang bertukar ke sekolah lain. Majlis ini sepatutnya dijalankan secara berasingan, namun di sebabkan terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, maka majlis ini telah dijalankan serentak.

Majlis Jasamu di Kenang

Kiri: Pn. Siti Ruhayabi Tengah: Pn. Salbiah Ahmad (Guru Besar) Kanan: En. Ahmad Chik

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Sekitar Majlis Jasamu diKenang